Thursday, 9 February 2012

Nasi goreng ala Dihah Nakal...

Hari ni Dihah nak kongsi resepi yang Terbaikkkkk untuk semua...
Dihah bukan nak menunjukkan kepakarn dihah dlm memasak tapi bila jer dihah bawa bekal kat tempat kerja,mesti kengkawan minta resepi,ada yg sampai suruh dihah pergi umah dia untuk ajar masak...ni dh tak boleh jadi nih..so untuk tidak menghampakan semua,dihah kongsikan satu lagi resepi.....
Selamat mencuba....
                                                                               
Bahan-bahannya :

1 mangkuk nasi
100 gram isi ayam (udang pun boleh)
sedikit ikan bilis(tumbuk ala kadar sahaja)
2 helai daun limau purut
2 biji bawang putih
5 biji cili padi (nak pedas,letak banyak-banyak)
1 biji bawang merah
sedikit gula melaka
Kacang panjang di potong pendek

Cara membuatnya:

Tumis bawang putih,bawang merah,cili padi,ikan bilis yg telah di tumbuk tadi hingga naik bau,masukkan pula isi ayam dan biarkan sampai ianya masak.Masukkan daun limau purut dan gula melaka,kemudian masukkan kacang panjang dan akhir sekali masukkan nasi,dan perasa.Nak kasi cantik,tabur daun sup atau daun bawang atau bawang goreng....
Bila masak,bolehlah di makan..yummmyyyyy

Ikhlas Dari Madihah Nakal.


No comments:

Post a Comment