Thursday, 9 February 2012

Apa yg membuatkan lelaki menyampah dengan wanita....

Kebanyakan kaum Dihah Nakal ni tak tahu yg kadang-kala perangai diaorang tu boleh membuatkan pekwe diaorang menyampah...tapi bukan benci tau...
So,dihah nak citer sikit kat korang sume apa yg membuatkan lelaki menyampah dengan kita nih,harap-harap lepas ni tak banyak ler kes frust menonggeng gara-gara putus cinta...

1) Selalu lambat
    Kalau nak kuar jer,si lelaki kena tunggu 2 atau 3 jam kat dlm keta(bagi yg ada keta) dn bertenggek kat motor     (bagi yg pakai kapcai jew)..Sebabnya awek tk siap lagi touch-up bedak..hukhukhuk

2) Mengada-ngada
    Wanita yg mengada-ngada ni akan buat lelaki muak,ermmm sekejap nak tu,sekejap nak ni...kalau diha jadi lelaki pun dihah menyampah jugak

3) Manja
    Sikap ni sesetengah lelaki suka tapi kalau nak manjapun berpada-padalah,jangan overrr manjerrr plak...

4) Mulut laser....
    Amboi mulut macam bom atommmm.....cakap sedap mulut jew..hati-hati nanti merana diri.

5) Tunjuk baik tapi hakikatnya....
    Depan lelaki baikkkkk sangat tapi bila belakang...main kayu tiga..

6) Perokok..
    Perghhh ini comfirm lelaki tak suka....

7) Pengotor
    Rambut berserabai,kuku tak bersih,bau kurang enak...lelaki tak suka wehhhh,so jaga sikit     penampilan,pakai perfume bnyak ckit,,,

8) Sombong dn bongkak
    Yang ni lelaki paling tk suka...sombongnyerrrr...ingt bagussss sangat....

9) Wanita yg suka marah-marah
    Pantang buat silap sikit,habis terbang periuk belanga...

10) Wanita yg kuat mengumpat..
      Dosa-dosa....

Itu jew untuk kali ini,lain kali dihah sambung lagi..kepada kaum Hawa,berubahlah untuk kebaikan....

Nasi goreng ala Dihah Nakal...

Hari ni Dihah nak kongsi resepi yang Terbaikkkkk untuk semua...
Dihah bukan nak menunjukkan kepakarn dihah dlm memasak tapi bila jer dihah bawa bekal kat tempat kerja,mesti kengkawan minta resepi,ada yg sampai suruh dihah pergi umah dia untuk ajar masak...ni dh tak boleh jadi nih..so untuk tidak menghampakan semua,dihah kongsikan satu lagi resepi.....
Selamat mencuba....
                                                                               
Bahan-bahannya :

1 mangkuk nasi
100 gram isi ayam (udang pun boleh)
sedikit ikan bilis(tumbuk ala kadar sahaja)
2 helai daun limau purut
2 biji bawang putih
5 biji cili padi (nak pedas,letak banyak-banyak)
1 biji bawang merah
sedikit gula melaka
Kacang panjang di potong pendek

Cara membuatnya:

Tumis bawang putih,bawang merah,cili padi,ikan bilis yg telah di tumbuk tadi hingga naik bau,masukkan pula isi ayam dan biarkan sampai ianya masak.Masukkan daun limau purut dan gula melaka,kemudian masukkan kacang panjang dan akhir sekali masukkan nasi,dan perasa.Nak kasi cantik,tabur daun sup atau daun bawang atau bawang goreng....
Bila masak,bolehlah di makan..yummmyyyyy

Ikhlas Dari Madihah Nakal.


Friday, 27 January 2012

...bila aku sedih...

Bila aku sedih......... Dulu ,bila jer aku sedih,aku akan drive sesorang tanpa arah tujuan,... Dulu ,bila jer aku sedih,aku pergi melalak kat karaoke sesorang.... Dulu ,bila jer aku sedih,aku pergi lepak kat kedai mkn sesorang.... Dulu ,bila jer aku sedih aku marah-marah ramai orang...... Tapi bila satu hari aku tanya kwn aku,"apa yg boleh aku buat bila aku sedih?" Kawan aku jawab "Ingat Allah sentiasa bersama kita" Sekarang ,bila jer aku sedih,aku sembahyang... Sekarang ,bila jer aku sedih,aku mengaji al-quran... Sekarang ,bila jer aku sedih,aku senyum pada semua orang....walau pahit untuk ku telan... Sekarang ,bila jer aku sedih,aku mesti cakap dengan Tuhan,aku ngadu masalah aku,aku bermanja dengan tuhan...jiwa aku tenang..... Ya Allah,jauhi segala kesedihan dri hdup aku,limpahi segala kebahagiaanmu padaku...amin ya rabbal alamin... Madihah Nakal berceloteh....

Monday, 23 January 2012

Bihun goreng ala siam

Menu diha hari ini...nak kongsi dengan semua.Bila diha masak bihun ni mesti kengkawan diha tanya mcm mane diha buat sebab rasanya lain sedikit dari bihun goreng biasa..diaorang kata ada rasa macam tomyam..hahaha... CUBALAH KALAU NAK TAHU RASANYA MCM MANER... Bahan-bahannya : 1 bungkus Bihun (di rendam untuk melembutkannya) 300 gm isi ayam (nak letak udang,kerang,daging pun ok jgak) 2 ulas bawang besar(diblander) 3 ulas bwg putuh (diblander) 30 tangkai cili kering (direbus dn diblander) sedikit ikan bilis (diblander) 3 helai daun limau purut sedikit gula melaka 2 sudu sos tiram 4 sudu sos cili 2 biji lada merah (di blander) 4 batang kacang panjang(potong pendek-pendek) 3 batang sawi (potong pendek) 10 biji bebola ikan sedikit garam sedikit gula sedikit serbuk perasa ajinomoto Cara membuatnya.. Panaskan minyak,masukkan ayam,biar ayam masak dahulu,kemudian masukkan semua bahan yang di blander tadi dan juga gula melaka,biar sampai masak dn sedikit kering,tuang sedikit air dan masukkan daun limau purut diikuti dengan bihun yang telah di rendam.Kacau selama 10 minit dan masukkan sayur kacang dan sawi tadi,Kacau sekejap dan sedia untuk di hidang... Senangkan? Selamat mencuba dari Madihah Nakal

...syahdunyerrr...

Lagu ni buat sesaper yang sedang dilamun cinta...


Saturday, 21 January 2012

Posted by Picasa

...Wajah sejuta pilu...

Posted by Picasa

...kisah di mana kami bermula...


Lagu yg akn meninggalkn seribu kenangan buat kami...

Thursday, 19 January 2012

.....hari-hari yang aku lalui....

Coretan rasa,luahan jiwa...Madihah Nakal

..Bila orang baca nama aku..ermm Madihah Nakal,tentu ada yg tersenyum nakal...Nakal ker Madihah ni,mesti dia ni otak giler-giler,mesti dia ni happy jer,mesti dia ni gembira jer...tapi hakikatnya...
"Madihah Nakal"aku cipta nama itu supaya aku sendiri berasa terhibur,walaupun hidup aku ni peuh dengan onak dan ranjau.Sebagai hamba Allah yang kerdil,kita tidak boleh lepas dari menerima ujian dari Allah,cuma ujian tu datang dalam bentuk yang berbeza-beza,ada ujian yang besar,yang tak mampu tuk kita menghadapinya,contohnya kehilangan orang yg kita sayang,cacat anggota badan,hilang ingatan dan banyak lagi.
...Allah suka pada hambanya yang sabar,sabarkan separuh daripada iman,Setiap yg berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.Aku ada terbaca satu petikan yg berbunyi"kita rasa marah bila Allah datangkan hujan ribut pada kita,tapi adakah kita tahu yang Allah akan berikan kita pelangi selepas itu?"Kebahagiaan sesudah kesulitan,tidak akan adanya Siang kalau tidak adanya Malam...
...Aku terima segala ujian Allah,dan aku tahu Allah itu maha mengetahui,Jodoh dan pertemuan adalah di tangan Tuhan.Aku tidak akan salahkan takdir,aku juga tidak akan salahkan orang lain.Sudah tersurat begini nasib aku,aku kena terima walau macam maner sekali pun..
...Memang aku sayang,tapi bukan jodoh kami untuk bersama...........

Tuesday, 17 January 2012

Alamak....kekasihku suami orang????


Jangan mudah terpedaya dengan Lelaki...

Istilah kehidupan bermula pada usia 40 tahun. Boleh dikatakan sinonim dengan kaum Adam. Kenapa? Sebab ketika inilah mereka mula mencari dan menintip anak gadis remaja untuk dijadikan kekasih hati. Walaupun mereka memegang gelaran 'Suami Orang'itu tidak menjadi halangan asalkan keinginan itu tercapai. Alangkah hebatna mereka tatkala memancing si gadis. Lagaknya seperti orang bujang malah lebih hebat daripada sang teruna.
Adakah kamu ingin terjerat atau sengaja mahu menjerat diri? Kalau boleh elakkan diri daripada  menjadi mangsa lelaki buaya darat ini. Mereka hanya mahu mempermainkan kamu dan tidak pernah serius untuk menjadikan kamu kekasih hatinya. Apa kata kamu ikuti tip-tip ini untuk dijadikan panduan agar kamu tidak mudah diperdaya.
1. Penuh Kasih Sayang
Mengenali lelaki seperti ini tidak terlalu sukar kerana mereka mempunyai sifat penuh dengan  kasih sayang. Mereka tidak lokek untuk menunjukkan rasa sayang mereka itu terhadap kamu. Boleh dikatakan saban hari kamu akan dimanjai dengan kata-kata manisnya yang mampu membuatkan kamu terbuai syahdu. Panggilan serta cara si dia menangani kamu itu seolah-olah si dia sudah berpengalaman dan kerana itulah kamu mudah terjerat dengan cinta lelaki seperti ini. Oleh itu kamu haruslah berwaspada!
2. Prihatin
Jika kamu tiba-tiba jatuh sakit, siapakah orang pertama yang akan menerkam ke arah kamu terlebih dahulu? Sudah tentu kekasih hati kamu bukan? Sekiranya kamu meneliti dari sudut yang lain, kamu sudah boleh mengagaknya. Cara mereka mengambil berat seperti kamu itu budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Layanan si dia terhadap kamu itu sungguh luar biasa, tidak seperti sang teruna yang agak kekok. Sebenarnya si dia mahu kamu tahu bahawa dialah orang yang paling takut dan risau jika kamu jatuh sakit. Cara ini akan membuatkan kamu rasa dihargai. 
3. Bermulut Manis
Hurm! Ini sangat berbahaya untuk kamu si gadis jelita. Kenapa? Sebabnya kamu mempunyai hati  yang sangat lembut. Bak kata pepatah, “kerak nasi kalau direndam dengan air lama-lama akan menjadi lembut juga” maka samalah perumpamaan itu dengan kamu. Si dia hanya menyuntikkan sedikit bius cinta sahaja ke dalam hati kamu terus kamu terlentok dan akhirnya jatuh cinta. Kata-katanya mampu membuatkan kamu tidak boleh tidur malam. Setiap hari pasti kamu menunggu panggilan atau pesanan ringkas daripadanya. Asalkan ada, ia sudah memadai buat kamu. Oleh itu, awas!
4. Suka Berjenaka
Ha! Ini satu lagi sifat yang ada pada suami orang. Kamu harus tahu tentang ini! Suami orang paling  suka bila mana orang di sekelilingnya ketawa. Bagi  mereka, dengan ketawa akan membuatkan orang yang berada di samping mereka berasa senang. Dengan kamu juga seperti itu, jika kamu disuntik dengan jenaka setiap hari pasti kamu akan seronok dan terhibur bukan? Kamu tidak akan berasa bosan dengannya. Bagi kamu, si dia pandai memikat hati kamu dan tahu cara membuatkan kamu ketawa tatkala kamu mula merajuk. Jadi kamu perlu berhati-hati!
5. Lagak Seperti Bujang
Pergh! Kalau kamu tengok lagak suami orang kalah si teruna yang sentiasa mendambakan cinta kamu itu.  Ayatnya lebih berkuasa daripada sang teruna malah kalau diajak bertanding, sudah tentulah mereka yang menang. Bahkan boleh dikatakan status ‘suami’ itu cuba digugurkan serta merta agar kamu tidak mengesyaki apa-apa. Gayanya pula diubah sama sekali seperti orang bujang dan kalau boleh biarlah kamu tidak mengetahui tentang status yang dipegangnya kini. Kamu harus tahu gaya orang bujang yang sebenar dengan mereka yang mahu menjadi orang bujang, memang jauh perbezaannya.

Awassssssssssssss......

Ingin Menjadi Gadis Idaman Lelaki?



MISI KAMU SEBAGAI SEORANG PEREMPUAN, BUKANLAH SEKADAR MEMENANGI HATI SI DIA TETAPI KAMU HARUSLAH PANDAI MENGAMBIL HATI TEMAN-TEMANNYA JUGA. PADA SAAT BEGINILAH KAMU SEBENARNYA DAPAT MEMILIKI HATINYA SECARA MENYELURUH. OLEH ITU KAMU HARUS...
Menjadi lebih fleksibel
Kebanyakan para lelaki bebas daripada drama (seperti yang berlaku pada  sekelompok perempuan) kerana lelaki lebih spontan dan tidak terlalu mengambil sesuatu benda kecil sebagai perkara serius. Lelaki cukup selari melakukan sesuatu secara rawak. Sebagai contoh, jika mereka sudah sepakat untuk mengadakan satu-satu aktiviti adalah tidak mustahil sekiranya perancangan tersebut dibatalkan pada saat-saat terakhir. Perhubungan sepatutnya menjadi perkara yang menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang perlu dirancang sehari ke sehari. Kamu haruslah menyerap segala yang mungkin dan menjadi lebih fleksibel!
Tahu bergurau
Seseorang gadis yang terlalu serius semestinya akan terus dijauhi para  lelaki. Apa salahnya sekali sekala kamu menunjukkan sifat kamu yang berlainan seperti berjenaka atau bergurau? Lelaki cukup tertarik pada gadis yang mempunyai sense of humor yang tinggi, pandai berseloroh serta tidak mengambil sesuatu  gurauan itu sebagai sesuatu yang serius. Lelaki menyukai ideologi di mana dia merasakan sifat seseorang perempuan itu adalah sama seperti dirinya juga. Pada dasarnya, jika kamu mempunyai personaliti yang menarik tentunya kamu akan disenangi oleh banyak pihak. 
Menjadi lebih aktif
Lelaki mana yang tidak suka pada cabaran dan tidak gemarkan sukan? Senang  cerita lelaki sentiasa mahu kekal aktif dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti. Apa salahnya sesuatu aktiviti yang baharu ditambah pada rutin temu janji biasa kamu? Contohnya menonton wayang, makan dan kemudiannya bermain go-kart. Pendek kata,  jika lelaki menjumpai gadis yang gemar bermain futsal, tentunya mereka akan rasa teruja!
Tunjukkan yang kamu prihatin
Jarang sekali lelaki akan berkongsi masalah diri atau peribadi pada orang lain.  Jika mereka menjumpai seseorang yang boleh dikongsi perasaan bersama, nescaya akan melekatlah dia kepada gadis tersebut. Perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh seperti mendengar masalah, menghantar pesanan rindu dan ucapan selamat malam sebenarnya turut dihargai oleh sang jejaka. Perkara-perkara sebegini membuatkan diri mereka lebih dihargai tanpa merasakan terlalu dikawal atau si kekasih seorang yang mengada-ngada.

Azwan Ali VS Umi Hafillda Ali.





Gaduh sampai matiiiii.........


KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.
Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.
Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.

“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sumber Dari: Harian Metro





Kenali hati lelaki pujaan anda...

Lelaki dambaan Wanita....


Fahami hati lelaki yg anda sayang...

Bak kata ahli sosial,jika anda pandai menyusuri hati lelaki,sebenarnya jalan menuju kebahagiaan labih mudah.Jika anda mahukan cinta yang sejati,anda sendiri harus mengenali hati dan keperibaian mereka supaya hubungan itu lebih mudah...
Dalam blog ni,dihah senaraikan sedikit panduan mengenai lelaki...Jom kita selidik...


1) Lelaki suka lihat benda yang cantik lebih-lebih lagi pompuan yang cantik..ermmm terbeliak biji mata..tu memang fitrah semulajadi mereka,jadi kekasihnya kenalah sentiasa cantik bila bersamanya.
2) Lelaki tidak suka aturan hidupnya di rancang,mereka tidak mahu di kongkong.
3) Lelaki tidak suka dipaksa dan di ubah,mereka lebih suka menjadi diri mereka sendiri,tidak hipokrit dn tidak manipu diri sendiri...
4) Lelaki sukar mengakui kesalahan mereka dan tidak gemar meminta maaf kerana EGO mereka yg terlalu tinggi...
5) Lelaki tidak suka membincangkn isu pertengkaran dengan pasangannya.Jika dia mahu duduk berbincang,dia hnya sebentar dn segera mahu menutup perbincangan...dan selepas itu dia akn buat-buat lupa.
6) Lelaki tertekan dgn 3 perkara iaitu Duit,Kuasa dn Seks...
7) L elaki mudah tersinggung jika pasangannya memberikan komen yg negatif terhadap dirinya.
8) Lelaki cuma suka lafazkan 'i love u'diperingkat awl perhubungn sahaja dan bila hubungn itu sudah intim dan lama,lelaki akan lupa dengan perkataan itu...ermmm
9) Lelaki suka kekasihnya bergaya cantik..(hek elehhhh menyampah)
10) Lelaki tidak suka di berikan tekanan oleh pasangannya...


Ermmm itu adalah serba sedikit tentang lelaki,banyak lagi sbnrnya tapi cukuplah dulu tuk kali ini,kalau ada masa,dihah akan tambah lagi....
Madihah Nakal : Kalau pompuan tu tak cantik,macammaner nak nampak cantik dpn pasangannya????

....Jom kenali hati wanita....


..Mawar memang cantik di pandang,
memang wangi bila di cium,
tapi awas...durinya bisa membuatkan jari terluka....

Kenali hati wanita bersama dihah....
Hati wanita itu lembut,walau kadang-kala ia nampak keras tapi keras tu ala-ala kerak nasi jer,bila di rendam dengan air,lembut jugak jadinya...
Sebab itulah ramai yang mengambil kesempatan terhadap wanita yg berjiwa lembut ni.
Disini dihah bongkarkan sedikit rahsia wanita..
Apa yang wanita mahukan?
Apa yang wanita harapkan?
Apa yang paling menyentuh hati wanita?
Apa yang paling menbuatkan wanita marah?
dan banyak lagi,dihah ceritakan ni supaya kaum-kaum Adam tahu dan faham tentang WANITA


1) Wanita nie suka sangat bila dia tahu ada orang ambil berat kat dia,tambah-tambah lagi orang tu memang dia minati...(secret admirelah katakan)
2) Wanita nie kalau dia dah jatuh cinta....dia akan pandang orang yg dia cintai itu dengan penuh kasih-sayang,kalau boleh setiap masa nak mengadap muka pakwe dia jer...(angau ler ni)
3) Cukup suka bila kena puji...hikhikhik,makanya kaum lelaki kena selalu puji aweks dia..(puji dengan ikhlas)
4) Wanita atau kaun Hawa ni suka kalau pakwe dia bagi hadiah,tak kiralah hadiah tu mahal ker,murah ker,kecik ker,besar ker,janji HADIAH tu dari org yg dia sayang...
5) Dalam hati wanita,apa yang paling diharapkan adalah KESETIAAN,KEJUJURAN dari kekasihnya....
6) Wanita memang kuat merajuk...tau kenapa?sebab dia suka di pujuk..
7) Wanita ni akan cuba sedaya-upaya melakukan yang terbaik untuk kekasihnya walau kadang-kala akan melukakan hatinya..
8) Awas,dendam wanita susah nak padam...
9) Apa yg wanita paling tidak suka ialah,lelaki itu baik dengan nya semata-mata nak kikis duit dia..
10) Wanita tidak suka lelaki yang tidak pandai mengambil hati...

Apa yang paling utama kat sini yng dihah nak citer ialah..Wanita ini sukakan KECANTIKAN..Semua wanita di dunia ni mahu nampak cantik...So tidak hairanlah jika wanita ni sanggup berhabis duit semata-mata nak cantik....itulah fitrah wanita yang tidak dapat nak di pertikaikan lagi...
Wanita oh wanita,Kaulah Ratu,Kaulah Racun,Kaulah Penawa...

Aku jua wanita...Madihah Nakal




Monday, 16 January 2012

Nak diet?....meh sini dihah ajar.






Kurus ooo kurusss....
naper susah sangat nak kurus nih...


1) Kita mesti set kan dalam kepala kita tu yang kita ni nak kurus,sekurang-kurangnya susut 1 kg dalam seminggu,kalau lebih lagi ok.
2) Sebaiknya,jangan amik ubat kurus sembarang,kalau nak amik jugak pastikan berjumpa dengan Doktor dulu..(elakkan membeli ubat yang di jual di pasar malam)
3) Makan makanan yang rendah kalori dan tinggi dengan nutrian...seeloknya kurangkan 500 kalori dalam sehari
4) Cuba elakkan makan makanan berat di waktu malam,kalau lapar sangat,anda boleh menggantikan dengan memakan biskut ataupun buah-buahan tempatan ataupun buah-buahan import...(layannnn)
5) Banyakkan minum air putih (mineral) hindari dari minum minuman beralkohol dan minuman yg mengandungi banyak gula (minuman dlm tin)
6) Buat jadual waktu makan dan sentiasa amalkan.
7) Amalkan makan di ruang makan dan bukannya di depan televisyen.
8) Biasakan diri dengan menggunakan pinggan yang kecil,ini untuk mengelakkan kita mengambil banyak makanan yang berlemak dn berkalori.
9) Bersenam sekurang-kurangnya 15minit setiap hari...(ni yang paling malas nak buat nih)
10) Pastikan mendapat rehat yg cukup dan tidur 6-8 jam sehari

Bestnya kalau kurus,dapat pakai baju cantik-cantik,peminat pun ramai...hikhikhik....

MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGURUSKAN BADAN-Madihah Nakal.com


...cara tegangkan payudara...

Dihah ni sbnrnya segan gak nak cerita tapi kita semua anggaplah ini semua sebagai ilmu yer...
Petua ni kawan lelaki dihah yang bagi,jadi supaya tidak lupa,dihah tulis dalam blog ni,selain dihah,nanti orang lain pun boleh amalkan jugak....hehehe

Caranya macam ni..(kawan dihah cakap ler)

Ambil seketul halia muda dan bakar hingga halia tu menjadi layu (lembek)
Kemudian halia tadi diketuk dan di sapukan disekitar payudara.
amalkn sekurang-kurangnya 3 kali seminggu...insyaallah anda akn lihat KEBERKESANANYA...

SELAMAT MENCUBA

Gambar Hangat Tiz Zaqyah....alamak....


Neelofa aweks Kelate yg come lote...

Cunnnnn................



Fasha Sandha ‘Seksi atau Seksa'...

Pic seksi Fasha Sandha....fuyooooo


















Madihah Nakal : Seksi bangat....

Macammaner yer nak GEMBIRA????

Bagaimana untuk gembira? Susahkah? Tidak, jika Anda tahu caranya.
Berikut adalah 2 tips bagaimana untuk gembira.
Tips 1: Senangkan Orang, Bantulah Seseorang.
Untuk merasa gembira, untuk ubah diri Anda jadi orang gembira, pertama sekali carilah orang yang Anda rasa layak untuk dibantu. Bantulah dengan kudrat dan kemampuan Anda, seiring dengan kapasiti Anda sekarang ini dari segi kewangan, tenaga, ilmu dan tindakan. Menolong orang satu sikap yang bagus.
Namun yang bagusnya adalah, setiap kali Anda bantu seseorang kemudian orang itu mengucap terima kasih, Anda rasa hepi. Anda rasa gembira. Setiap kali teringat balik waktu orang itu mengucap terima kasih, Anda boleh senyum-senyum sendiri dibuatnya. Anda sudah dikuasai rasa gembira.
Ada di kalangan kita suka membantu simply sebab dia mahu merasai detik-detik kegembiraan apabila orang yang dibantuk itu mengucap “Terima kasih”. Oh, alangkah gembiranya!
Bantulah seseorang dengan niat mahu menyenangkan dia. Tanya diri Anda, “apa yang aku boleh buat untuk menolong orang ini?”. Bantulah dengan tujuan hati untuk melihat dia gembira. Dari situ, Anda akan turut merasa gembira.
Tolonglah dia dengan keinginan mahu menambah taqwa di jiwa Anda, dengan rasa moga Allah melihat apa yang Anda lakukan. Moga dari pertolongan Anda itu, diri Anda mendapat perhatian Allah. Moga dari situ doa-doa Anda cepat dimakbulkan oleh-NYA.
Tips 2: Buat Dengan Minat, Bukan Sebab Duit.
Sebelum meninggal dunia, Steve Jobs pernah berpesan, buatlah sesuatu sebab minat dan bukan sebab nak duit. Buktinya, walaupun Steve Jobs ni orang kaya sebelum kematiannya, dia mencipta banyak produk elektronik (seperti iPhone, iPod, Macbook Air) bukan sebab nak dapat banyak duit tapi sebab dia minat mencipta produk-produk canggih yang menyenangkan orang. Inilah minatnya. Mencipta sesuatu yang menggembirakan orang.
Bila sudah ada minat dan Anda buat sesuatu sebab minat, duit akan datang sendiri.
Pada saat itu, Anda sudah tidak kisah lagi pasal duit walaupun sememangnya Anda orang berduit. Tanyalah Azizi Ali dan bacalah buku-buku tulisannya, Anda akan temui hal yang sama seperti yang kami katakan.
Jika Anda ada perniagaan, sebaik-baik perniagaan adalah modewl perniagaan yang dibina disebabkan Anda minat melakukan aktivitinya. Sebagai contoh, jika Anda minat design, minat melukis dan minat mereka bentuk ilusi grafik, maka perniagaan berbentuk khidmat graphic design sesuai untuk Anda.
Jika Anda minat menjahit baju, maka perniagaan kedai jahit sesuai untuk Anda. Anda boleh jadi kaya melalui perniagaan ini.
Sebabnya, dek kerana minat, Anda akan terdorong untuk belajar cemana nak menjahit dengan lebih bagus lagi, Anda akan minat untuk tahu design-design baju yang terbaru, Anda akan cukup puas hati apabila pelanggan-pelanggan Anda gembira dengan baju yang Anda jahitkan untuk mereka.
Jika Anda minat kereta, perniagaan terbaik untuk Anda adalah perniagaan berkaitan kereta seperti menjual aksesori kereta, menjual alat ganti kereta atau simply menjual khidmat mem’modified’ kereta.
Contoh lain, jika Anda minat menulis dan Anda sukakan aktiviti menulis (iaitu aktiviti menuliskan apa yang terfikir di kepala dengan cara tulisan tangan atau dengan menaip di komputer), perniagaan terbaik untuk Anda adalah perniagaan khidmat taip-menatip (seperti menulis surat, menaip borang, mencipta artikel-artikel untuk laman web dan blog-blog).
Untuk pergi lebih jauh lagi, bila Anda suda minat menulis Anda berpeluang untuk menulis buku sendiri lalu bernaung dibawah penerbit ternama seperti PTS Publication supaya buku Anda dapat dikeluarkan (istilah lain, diterbitkan). Bila sudah minat menulis, Anda akan suka serta rasa terdorong untuk menulis lebih banyak buku. Anda akan teringin untuk memperbaiki cara penulisan Anda supaya sesiapapun yang membaca karya Anda rasa hepi dengan tulisan Anda. Anda akan minat menulis lebih banyak lagi cerita. Tanpa Anda sedari bila jutaan orang sudah minat membaca buku Anda, maka jutaan orang inilah yang akan membeli buku-buku tulisan Anda.
Bila sudah ada duit, pasti Anda jadi lebih gembira…kan? (ehemm..).
Buat apa saja aktiviti sebab minat, Anda akan jadi gembira. Sebab, Anda seronok melakukan aktiviti itu. Ada orang merasa gembira berjalan-jalan, sebab dia merasa seronok ketika berjalan-jalan.
Madihah Nakal: hikhikhik sukanyerrr


mADI

....nikmatnya CINTA......

Cinta oooo Cinta...


Sebagai manusia, Anda tetap akan memerlukan insan lain di dalam hidup. Insan lain itu adalah ibu dan bapa Anda, adik beradik Anda, sahabat Anda, pasangan hidup Anda atau best friend Anda.
Setiap daripada kita ada kekurangan dan kehebatan masing-masing. Kehebatan kita gunanya untuk mengisi kekurangan orang lain. Kekurangan kita pula gunanya untuk diisi oleh kehebatan orang lain. Dalam hidup, Anda tidak boleh menidakkan fakta yang Anda tetap memerlukan orang lain.
Cinta ada pelbagai jenis, wujud dalam pelbagai ruang dan untuk pelbagai kategori orang.
Ada cinta untuk ibu dan bapa, cinta untuk adik beradik, cinta untuk kekasih hati, cinta untuk pasangan hidup, cinta untuk Allah Yang Maha Esa, cinta untuk Rasul, cinta kepada hobi, cinta pada ketenangan dan kedamaian.
Cinta fungsinya menyemarakkan dan memberi semangat.
Sifat cinta bergantung pada orang yang menafsirkannya. Jika cinta dipandang sebagai sesuatu yang menyeksakan, itulah jadinya.
Jika cinta dipandang sebagai penyuntik inspirasi, maka itulah yang akan jadi. Cinta ada hikmah tersendiri, iaitu sebagai booster motivasi buat Anda. Untuk sentiasa bersemangat,suburkan hati Anda dengan perasaan cinta.
Cemana nak buat?
Caranya hadirkan cinta. Rasai betapa manisnya cinta, nikmati betapa manisnya merindu insan-insan yang Anda cinta.
Mengingati insan-insan yang Anda cinta akan membuat Anda jadi bersemangat dan berinspirasi, kesannya membuat Anda merasa bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang ini.

Bagaimana Untuk Membina Anti Stress

Aku stresssss..................

Stresss gilerrr......


Stress adalah perasaan tertekan. Kenapa Anda tertekan?
Sebab Anda tidak dapat apa yang Anda mahu. Sebab lain, sesuatu yang Anda tidak pinta, tidak mahu dan tidak ingin telah terjadi ke atas Anda kemudian terasa susah untuk keluar darinya, misalnya masalah.
Bagaimana untuk membina anti stress.
Bila difikirkan anti stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Semakin banyak memikirkan tentang ubat, semakin banyak timbul penyakit. Sebab? Sesuatu akan menarik sesuatu yang lain yang serupa dengannya. Fikir stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Begitu juga dengan berfikir mengenai anti stress, sebab Anda berada dalam keadaan memerangi stress. Anda lawan stress. Kesannya Anda akan dapat lebih banyak stress sebab di fikiran Anda wujud stress, bukan ketenangan.
Lupakan pasal anti stress. Sebaliknya binalah ketenangan dan nikmati ketenangan itu.
Dengarlah lagu-lagu yang mendamaikan jiwa, yang tenang dan yang menghiburkan. Elak dengar lagu bernada sedih, kecewa, putus asa atau hampa. Anda akan merasa sedih, kecewa, putus asa dan hampa juga serupa dengan apa yang Anda dengari. Perkataan-perkatan berisi emosi hampa akan membangkitkan emosi hampa di hati Anda, sebab itulah Anda hampa.
Pergilah berjalan-jalan di taman, di pantai atau ke mana saja yang Anda rasa Anda boleh beroleh ketenangan. Ketika disitu, fokuslah untuk merasai ketenangan. Lupakan habis pasal stress. Tujuan utama Anda adalah untuk mencari ketenangan, rasainya, simpan lalu nikmati supaya Anda mendapat kekuatan.
Ketika Anda sedang berada dalam situasi yang penuh stress, sibuk dan penuh kelam-kabut, caranya tenangkan diri. Bila sudah tenang, tenangkan lagi diri Anda, lebih tenang dari yang tadi. Inilah cara yang bagus digunakan untuk mengharungi situasi penuh stress.
Bila Anda merasa tertekan atau sedang stress memikirkan sesuatu tapi Anda susah nak lupa, fokus pada PENYELESAIAN. Sebagai contoh, jika Anda stress sebab tidak ada duit, fikir cemana nak selesaikannya. Jika Anda tidak bersemangat, fikir cemana nak selesaikannya. Fikir cemana nak jadi bersemangat.
Memfokus fikiran pada penyelesaian akan membuat Anda bersemangat sedikit sebab Anda nampak jalan keluar dari stress yang Anda alami. Anda akan rasa sedikit lega. Ada harapan untuk menyelesaikan kerumitan yang Anda alami.
Madihah Nakal: Ada ketika stress sampai rasa macam nak terjun bangunan..hehehe


Nak tahu apa itu CINTA SEJATI...???


  Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia . .
jangan percaya bahawa melepaskan SELALU bererti kamu benar2 mencintai
MELAINKAN . BERJUANGLAH DEMI C I N T A M U ( ” Fight For Your Dream” )
Itulah: C I N T A S E J A T I . . .
bukannya seperti: ” Easy Come . . . Easy Go “
Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
DARIPADA berjalan bersama orang “yang tersedia”
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
DARIPADA orang yang berada di “sekelilingmu”
Lebih baik menunggu orang yang sesuai
kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang dengan hanya
“seseorang”
Kadang kala, orang yang kamu cintai
adalah orang yang PALING menyakiti hatimu
dan kadang kala, teman yang membawamu ke dalam pelukannya
dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.....






Lebih merbahaya mencucurkan air mata dalam hati . .
Dibandingkan menangis tersedu2 . . .
Air mata yang keluar dapat dihapus .
sementara air mata yang tersembunyi ,
mengguriskan luka yang tidak akan H I L A N G . . .

Dari hati Madihah Nakal....


Bila mulut berbicara tentang cinta......


Sunday, 15 January 2012

Awas,jangan terlalu cemburu....


....JANGAN BIARKAN CINTA ANDA PUTUS DI TENGAH JALAN KERANA PERASAAN CEMBURU....

       Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.
Madihah Nakal : Jangan terlalu cemburu,nanti kita jugak yang rugi....

Jangan terlalu kecewa.....

Ya Allah,hapuskan airmata ini,sesungguhnya engkau maha mengetahui.....


"Gelapnya malam pasti akan tersingkap...
maka janganlah engkau takut,
sebentar lagi fajar akan muncul
dengan perhiasannya yang cerah"


Tiada gunanya menampar pipi sebagai ungkapan kecewa ketika kehilangan apa yang kita sayang.Tiada gunanya mengingati kembali peristiwa yang telah lepas kerana ianya akan menambahkan lagi kesedihah dan makin menyeksa kalbu....Apa yg terbaik adalah memulai hari-hari dan malam-malam yang baru kerana di dalamnya kita dapat mengganti yang telah lampau....

Pesanan dari Madihah Nakal..
"Jangan bazirkan air mata,menangisi terhadap satu kehilangan,tapi bazirkan airmatamu dengan penyesalan kerana melupai Allah dan RasulNya.."


Tersenyumlah untuk hidup!!!!


SENYUM UMPAMA SURIA..
YANG MEMBAWA CAHAYA..
SENYUMLAH DARI HATI..
DUNIAMU BERSERI.......
Manakala engakau tersenyum sedangkan hatimu penuh dengan duka nestapa,maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu kebahagiaan.Jangan ragu-ragu untuk tersenyum,kerana di dalam dirimu ada kekuatan besar yg meluap,jangan menekan kekuatan itu kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk kedalam penderitaan.Tersenyum tidak akan membahayakanmu.Berbicaralah dengan orang disekitarmu dengan bahasa qalbu,alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa senyum....

Ketika engkau tersenyum dihadapan org lain,maka engkau sedang berikan kepada mereka kehidupan yg indah,optimis dan khabar gembira yg mereka harapkan.Namun ketika anda menemui org lain dengan wajah kusut dan garang,maka sesungguhnya anda telah menyeksanya dengan hal itu serta  mengeruhkan suasana indah dan jernih dari kehidupan mereka.Jadi kenapa anda rela menjadi penyebab kesengsaraan orang lain
?...SENYUMLAH KERANA SENYUM ITU SEPARUH DARIPADA SEDEKAH...

iKHlas dari : Madihah Nakal...

Hiburkan hati jer....

Kerana jam loceng...haprak!!!!

Suasana masih riuh di luar. 
Sanak saudara semuanya berkampung disini.
Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. 
Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.”Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?” sapa Pak Ucu.”Orang muda bang Aji, biarlah. 
Air dah penuh kat kepala tu.” sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. 

Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.”Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu.” Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. 
Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. 
Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.Jari jemariku lembut membelai rambutnya. 
Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan “Assalammualaikum!” ke telinganya untuk Menguji isteriku.”Wa alaikummussalam.” Rupanya isteriku masih belum tidur. 
Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. 
Semerbak harumnya menusuk deria bauku. 
Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. 
Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…

“Kringggggg….”
“Tik..tik..tik..tik…”
“Kring.. kring..kring..”
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. 
Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. 
Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. 
Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. 
Juga sekeping kad berbunyi… 
Selamat Pengantin Baru,Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!TAMATLesson learn nye kat sini …… buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee



Wakakawakakawakaka....

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. 
Satu hari mereka berpakat utk kahwinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman,Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor. 

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. 
Ceritakan macam mana honeymoon korang. 
Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. 
Ringkas, padat dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’ . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis “Besar, teguh dan peramah”.. 
Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis “Nikmatnyahingga ke titisan yang terakhir” 
Bahagialah Si Seri rupanya…

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC’. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’… 
Bahagialah Si Murni rupanya… 

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA “. 

Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya.Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu…??
“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON- STOP!!”

Alamakkkk....

Sos cili ler...hehehe


Rahmat baru sahaja berkahwin dengan Era..
Pada malam pertama selepas majlis pernikahan, mereka berehat di dalam bilik kerana keletihan membantu mengemas dapur, membersihkan periuk, kuali dan segala macam benda lagi..
Sambil berehat di dalam bilik, mereka makan burger yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera..
Emak Rahmat yang sememangnye suke menjaga tepi kain orang termasuk anak2nye sendiri memasang telinga dari pintu bilik untuk mendengar perbualan antara anak dan menantu barunye…

Era : bang, dah dipicit2 ni…tp xkeluar2 pon…
Rahmat : lambat sket la tuh nk kuar..lubangnye kecik sgt..sbrlah syg..
Era : ala…lambatnye..xsbr lah bang..saye potong jek lah hujungnye..bg bsar sket lubang ni…boley ke bang..
secara tiba2…mak Rahmat meluru masuk ke bilik anaknye dan terus berteriak..
Mak : jangan!!!!!!! jangan gunting anu anak aku!!!!!!!!!!!!
Rahmat & Era : @#$%%^&**.. nape ni mak.. nk potong sos cili paket ni xboley ke??