Tuesday, 17 January 2012

Alamak....kekasihku suami orang????


Jangan mudah terpedaya dengan Lelaki...

Istilah kehidupan bermula pada usia 40 tahun. Boleh dikatakan sinonim dengan kaum Adam. Kenapa? Sebab ketika inilah mereka mula mencari dan menintip anak gadis remaja untuk dijadikan kekasih hati. Walaupun mereka memegang gelaran 'Suami Orang'itu tidak menjadi halangan asalkan keinginan itu tercapai. Alangkah hebatna mereka tatkala memancing si gadis. Lagaknya seperti orang bujang malah lebih hebat daripada sang teruna.
Adakah kamu ingin terjerat atau sengaja mahu menjerat diri? Kalau boleh elakkan diri daripada  menjadi mangsa lelaki buaya darat ini. Mereka hanya mahu mempermainkan kamu dan tidak pernah serius untuk menjadikan kamu kekasih hatinya. Apa kata kamu ikuti tip-tip ini untuk dijadikan panduan agar kamu tidak mudah diperdaya.
1. Penuh Kasih Sayang
Mengenali lelaki seperti ini tidak terlalu sukar kerana mereka mempunyai sifat penuh dengan  kasih sayang. Mereka tidak lokek untuk menunjukkan rasa sayang mereka itu terhadap kamu. Boleh dikatakan saban hari kamu akan dimanjai dengan kata-kata manisnya yang mampu membuatkan kamu terbuai syahdu. Panggilan serta cara si dia menangani kamu itu seolah-olah si dia sudah berpengalaman dan kerana itulah kamu mudah terjerat dengan cinta lelaki seperti ini. Oleh itu kamu haruslah berwaspada!
2. Prihatin
Jika kamu tiba-tiba jatuh sakit, siapakah orang pertama yang akan menerkam ke arah kamu terlebih dahulu? Sudah tentu kekasih hati kamu bukan? Sekiranya kamu meneliti dari sudut yang lain, kamu sudah boleh mengagaknya. Cara mereka mengambil berat seperti kamu itu budak kecil yang tidak tahu apa-apa. Layanan si dia terhadap kamu itu sungguh luar biasa, tidak seperti sang teruna yang agak kekok. Sebenarnya si dia mahu kamu tahu bahawa dialah orang yang paling takut dan risau jika kamu jatuh sakit. Cara ini akan membuatkan kamu rasa dihargai. 
3. Bermulut Manis
Hurm! Ini sangat berbahaya untuk kamu si gadis jelita. Kenapa? Sebabnya kamu mempunyai hati  yang sangat lembut. Bak kata pepatah, “kerak nasi kalau direndam dengan air lama-lama akan menjadi lembut juga” maka samalah perumpamaan itu dengan kamu. Si dia hanya menyuntikkan sedikit bius cinta sahaja ke dalam hati kamu terus kamu terlentok dan akhirnya jatuh cinta. Kata-katanya mampu membuatkan kamu tidak boleh tidur malam. Setiap hari pasti kamu menunggu panggilan atau pesanan ringkas daripadanya. Asalkan ada, ia sudah memadai buat kamu. Oleh itu, awas!
4. Suka Berjenaka
Ha! Ini satu lagi sifat yang ada pada suami orang. Kamu harus tahu tentang ini! Suami orang paling  suka bila mana orang di sekelilingnya ketawa. Bagi  mereka, dengan ketawa akan membuatkan orang yang berada di samping mereka berasa senang. Dengan kamu juga seperti itu, jika kamu disuntik dengan jenaka setiap hari pasti kamu akan seronok dan terhibur bukan? Kamu tidak akan berasa bosan dengannya. Bagi kamu, si dia pandai memikat hati kamu dan tahu cara membuatkan kamu ketawa tatkala kamu mula merajuk. Jadi kamu perlu berhati-hati!
5. Lagak Seperti Bujang
Pergh! Kalau kamu tengok lagak suami orang kalah si teruna yang sentiasa mendambakan cinta kamu itu.  Ayatnya lebih berkuasa daripada sang teruna malah kalau diajak bertanding, sudah tentulah mereka yang menang. Bahkan boleh dikatakan status ‘suami’ itu cuba digugurkan serta merta agar kamu tidak mengesyaki apa-apa. Gayanya pula diubah sama sekali seperti orang bujang dan kalau boleh biarlah kamu tidak mengetahui tentang status yang dipegangnya kini. Kamu harus tahu gaya orang bujang yang sebenar dengan mereka yang mahu menjadi orang bujang, memang jauh perbezaannya.

Awassssssssssssss......

No comments:

Post a Comment