Saturday, 14 January 2012

Futsal ditaja hampir RM500,000

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu dijangka bakal menarik perhatian ramai ke Kompleks Futsal 1Malaysia di Putrajaya bermula 20 Januari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Fazulia Zulkifli (gambar) berkata, kesemua syarikat itu merupakan penaja setia KBS.
"Ini adalah sebagai tanda sokongan terhadap usaha yang dilakukan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan.
"Ia juga menggalakkan rakyat negara ini untuk bersukan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Tambah Fazulia lagi, sehingga 10 Januari, jumlah tajaan yang diterima pihak KBS bernilai RM429,400.

Kejohanan itu juga dijangka menghimpunkan 444 pasukan lelaki dan wanita dari seluruh negara untuk merebut hadiah wang tunai keseluruhan yang berjumlah RM68,400 serta medal dan piala pusingan

No comments:

Post a Comment