Perkahwinan Erneelya Elyana Emrizal atau Elyana, 24 dan pasangannya, Khairul Anuar Hussin, 35, yang menjangkau usia satu tahun bertambah indah dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, Cinta Sumayyah, 3 bulan. Bagi Elyana dan suami, inilah hadiah terindah untuk mereka berdua sepanjang berkongsi hidup bersama.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu, Molek dan Diri ku Tapak Sulaiman ini mengakui bahawa kehidupannya kini berubah setelah bergelar ibu. Malah sebagai ibu, tugasnya kini turut bertambah.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu, Molek dan Diri ku Tapak Sulaiman ini mengakui bahawa kehidupannya kini berubah setelah bergelar ibu. Malah sebagai ibu, tugasnya kini turut bertambah.
"Biar pun terasa letih kerana perlu menyediakan keperluan Cinta, tetapi Elyana rasakan ia merupakan perkara yang menyeronokkan. Tambahan lagi tatkala dapat menatap wajah Cinta saban hari.
"Mujur saya sebelum ini pernah menjaga anak buah, oleh itu setakat menukar lampin dan mandikan Cinta memang tiada masalah. Memang tidak kekok, tetapi apabila bab menyusu dan tentang kesihatan Cinta, saya banyak merujuk kepada orang terutamanya ibu. Selain itu, saya juga banyak cari maklumat dan informasi di internet untuk tambahkan pengetahuan, selain berkongsi masalah dengan ibu-ibu lain," ungkap Elyana tersenyum memulakan bicara.
Menurut Elyana, dia bertuah kerana tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang menjaga anak kesayangan. 'Saya bersyukur sangat, Cinta anak yang baik dan tidak banyak ragam. Selain itu, Khairul juga banyak membantu saya menggalas gelaran ibu. Seperti mana saya teruja mendapat cahaya mata, begitu juga dengan suami saya. Malah, kami seperti ada syif, jika pada siang hari, saya yang banyak menjaga Cinta.
"Sebaliknya, Khairul sanggup mengambil alih tanggung jawab menjaga Cinta di waktu malam. Dia tidak kisah sekiranya perlu berjaga malam. Kami berdua sememangnya sukakan budak-budak. Malah, Khairul juga banyak membantu membuat kerja-kerja rumah dan menguruskan hal anak," cerita ibu muda ini mesra.
URUSKAN BISNES COKLAT ONLINE
Biar pun sibuk menggalas tanggung jawab sebagai ibu dan isteri serentak, ini tidak bermakna Elyana melupakan terus karier seninya. Kini, Elyana giat merakamkan album terbaru yang bakal keluar tidak lama lagi. Selain itu, setiap hujung minggu, Elyana juga sibuk menghadiri jemputan untuk persembahan nyanyian atau show. Setakat ini, Elyana lebih selesa membawa Cinta untuk turut serta memandangkan Cinta masih menyusu badan.
Selain sibuk mengurus anak, Elyana turut mengendalikan bisnes secara online. Bermula dengan bisnes online cupcake dan macaron, kini Elyana turut menjual coklat. Segalanya bermula secara tidak sengaja, bermula dengan hanya berkongsi maklumat tentang pembuatan coklat, akhirnya Elyana menumpukan sepenuh tumpuan kepada coklat.
"Ketika itu saya tengah mengandung, bosan tak lakukan sebarang aktiviti. Jadi saya ke kedai untuk beli bahan-bahan membuat kek. Secara kebetulan saya terjumpa orang yang mahu membuat coklat, justeru dari sanalah saya berkongsi maklumat dan akhirnya mencubanya sendiri di rumah," akui Elyana.
Menurut Elyana, dia mula menjual secara serius sejak Februari 2011. Kebanyakan pelanggannya adalah dari kalangan teman-teman rapat.
"Ada yang menempah coklat dari saya untuk majlis hari jadi, hantaran perkahwinan dan juga untuk cenderahati. Saya buat semua ini ketika Cinta tidur.
"Memang jika difikirkan, setelah beranak masa untuk hobi akan berkurangan. Tetapi bagi saya, dengan adanya hobi saya tidak akan rasa terbeban untuk uruskan Cinta. Kerana selain Cinta, masa saya juga digunakan untuk hobi yang mendatangkan kepuasan pada diri sendiri," ujarnya mengakhiri perbualan.
Selanjutnya dapatkan majalah SERI DEWI & KELUARGA FEBRUARI 2012 di pasaran!
No comments:
Post a Comment