Sunday, 15 January 2012

MARINI MAHBOB UJI CINTA HAIKAL


Pertemuan dengan Marini Mahbob, 28, mengubah persepsi Haikal terhadap Islam dan dirinya berpeluang belajar mengenai ajaran Islam dengan lebih mendalam. Tanggal 30 April 2008, Haikal melafazkan kalimah Syahadah berkat sokongan Marini dan keluarganya membimbing Haikal mempelajari Islam. Kegembiraan pasangan ini berganda selepas dikurniakan cahayamata yang deberikan nama Syafi.

Sesungguhnya ceritera cinta pasangan ini cukup menarik untuk dikongsikan bersama kerana sesungguhnya hati Marini sukar ditawan kerana pernah dikecewakan lelaki. Begitu pun Marini tidak lokek berkongsi kisah dan cabaran bersuamikan mualaf. Kata Marini, dia meletakkan syarat kepada Haiqal belajar berpuasa dan mendalami Islam memandangkan mereka berkenalan di bulan Ramadan pada tahun 2007 sebelum dibenarkan untuk berkawan.
“Yang kelakarnya, Haikal juga pernah meminta bantuan adiknya untuk menulis pada Marini dalam bahasa Inggeris memberitahu mahu berkawan dengan saya. Saya balas kembali suratnya dan beritahu, saya tak mahu berkawan dengan sesiapa dan tidak percayakan lelaki setelah putus cinta dengan lelaki Melayu.
“Hati saya tersentuh dan akhirnya saya ke kedainya dan menangis. Dia (Haikal) beritahu saya, ‘I love you’ dan saya beritahu dia agar mendalami Islam sebelum berkawan dengan saya,” ujarnya tergelak mengenang kembali kenangan itu. Sejak itu mereka mula berkawan baik hingga timbul bibit cinta dan membawa ke jinjang pelamin.

Tak Bangun Sahur
Bercerita mengenai menu air tangan yang disediakan untuk suami sepanjang Ramadan, Marini memaklumkan kebanyakan masakan direbus dan tidak menggunakan banyak ajinamoto. Tambahan pula, Haikal tidak berhadapan dengan masalah untuk berpuasa kerana gemar berdiet.
“Pada mulanya dia sukar membiasakan diri dengan makanan di Malaysia dan tidak gemarkan makanan berminyak. Kata Haikal, tom yam kerana banyak ajinamoto yang boleh menyebabkan kencing manis darah dan kolesterol tinggi. Malah selepas berkahwin saya tidak masak menu-menu pedas dan beralih mahir menyediakan makanan Korea sebagai sajian harian. Namun lama- kelamaan dia mudah membiasakan diri. Cuma jika ke rumah mertua dia tidak boleh menolak masakan berminyak dan pedas air tangan emak saya.
“Tentang sahur pula, kami jarang bangun awal subuh kerana kami sudah makan malam. Selain itu, biar pun pada mulanya Haikal berhadapan dengan masalah untuk bersembahyang kerana sukar memahami bahasa Jawi namun usahanya untuk beribadah cukup membuatkan hatinya tersentuh.

Sumber Dari : NONA

No comments:

Post a Comment