Sunday, 15 January 2012

Hiburkan hati jer....

Kerana jam loceng...haprak!!!!

Suasana masih riuh di luar. 
Sanak saudara semuanya berkampung disini.
Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. 
Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.”Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?” sapa Pak Ucu.”Orang muda bang Aji, biarlah. 
Air dah penuh kat kepala tu.” sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. 

Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.”Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu.” Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. 
Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. 
Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.Jari jemariku lembut membelai rambutnya. 
Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan “Assalammualaikum!” ke telinganya untuk Menguji isteriku.”Wa alaikummussalam.” Rupanya isteriku masih belum tidur. 
Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. 
Semerbak harumnya menusuk deria bauku. 
Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. 
Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…

“Kringggggg….”
“Tik..tik..tik..tik…”
“Kring.. kring..kring..”
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. 
Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. 
Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. 
Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. 
Juga sekeping kad berbunyi… 
Selamat Pengantin Baru,Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!TAMATLesson learn nye kat sini …… buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee



Wakakawakakawakaka....

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. 
Satu hari mereka berpakat utk kahwinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman,Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor. 

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. 
Ceritakan macam mana honeymoon korang. 
Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. 
Ringkas, padat dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’ . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis “Besar, teguh dan peramah”.. 
Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis “Nikmatnyahingga ke titisan yang terakhir” 
Bahagialah Si Seri rupanya…

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC’. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’… 
Bahagialah Si Murni rupanya… 

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA “. 

Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya.Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu…??
“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON- STOP!!”

No comments:

Post a Comment