Sunday, 15 January 2012

26 tahun berkorban LAILY DIHADIAHKAN 'TALAK'


Menjadi impian setiap insan agar pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan akan dihargai sehingga ke akhir hayat. Namun tidak semua insan dapat menikmati setiap yang diimpikan itu. Ada yang bertuah dan ada juga yang terpaksa diduga apabila kasih sayang yang dicurahkan bertahun-tahun lama itu direntap tanpa sebarang perasaan belas.

Begitulah yang dilalui Laily Mohamad, 48 tahun, yang pernah mengimpikan agar mahligai yang dibina kala usianya baru mencecah 16 tahun akan berkekalan sehingga ke akhir nyawa. Namun, suratan Tuhan telah menentukan ia hanya mampu bertahan selama 26 tahun. Kebahagiaan yang dinikmati diragut pergi kala diri nun jauh di perantauan untuk menemani anak yang sedang melanjutkan pengajian di luar negara. Kepada SDK, Laily berkongsi pahit maung yang ditempuhi.

Selama 26 tahun rumah tangga dibina, semuanya berjalan lancar. Susah senang, tawa dan tangis diredah bersama. Meski ketika itu usia ku baru menjangkau 16 tahun, namun tunjuk ajar daripada suami sedikit demi sedikit mematangkan diri ini. Kehadiran empat orang cahaya mata, Mohamad Hidayat kini 28 tahun, Mohamad Hizzat, 27 tahun, Nurhidahtul, 22 tahun dan Nurhizzahtul, 20 tahun menambah lagi keceriaan dan rezeki. Dari hidup menumpang di rumah setinggan, ke sana ke mari dengan menunggang motosikal buruk, pelbagai kerja dibuat untuk membantu menambah pendapatan keluarga.

Alhamdulillah, kehadiran anak ketiga umpama sinar. Rezeki mencurah-curah sekelip mata. Dari bekerja dengan orang, kami berjaya menubuhkan syarikat kecil berkaitan projek lebuh raya dan akhirnya memiliki hartanah bernilai jutaan ringgit. Apa saja yang diingini, umpama terhidang mudah di depan mata. Rumah, kereta mewah, chalet dan bangunan kedai adalah antara pelaburan yang ku nikmati bersama keluarga. Aku benar-benar bahagia. Kebahagiaan dinikmati bersama. Tiada ribut mahupun taufan melanda. Namun, kalau Allah sudah menyatakan jadilah, maka ia pun menjadi. Hanya dalam tempoh dua tahun, semuanya berubah tanpa diduga justeru tidak pernah berlaku pertelingkahan besar dalam rumah tangga. Kalau ada pun sekadar pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Namun semuanya tidak pernah berlarutan menjadi pertelingkahan.

Dalam tempoh dua tahun, semuanya berubah sekelip mata. Walaupun bungabunga masalah sudah mula mekar di sebalik kebahagiaan yang dinikmati, namun ia lebih kepada masalah berkaitan peribadi. Tidak sedikit pun menunjukkan kehadiran orang ketiga mahupun melibatkan campur tangan orang luar. Oleh itu, masing-masing berusaha menyelesaikannya termasuk menggunakan cara perubatan.

Kebetulan pula ketika itu, anak kedua yang sedang menuntut di Mesir jatuh sakit. Aku ke sana untuk menjenguknya atas kebenaran bekas suami juga. Tanpa diduga, dari sekadar menjenguk anak, akhir ia berlarutan selama dua tahun berada di sana. Ternyata, jarak yang jauh itu juga sedikit demi sedikit menjauhkan perasaan dan diri ini dari keinginan untuk kembali ke Malaysia. Malahan, sesuatu yang pelik aku rasakan apabila aku seperti tidak ada hati untuk menghubungi mahupun mengambil tahu tentang rumah tangga yang ditinggalkan di Malaysia. Aku seperti lupa segala-galanya. Begitu juga sebaliknya di pihak suami. Cuma anak-anak yang kerap berhubung dan memberitahu khabar berita.

Selepas hampir dua tahun di Kaherah, perancangan asal untuk kembali ke Malaysia sekali lagi terbantut apabila seorang lagi anak yang kebetulan tinggal di Leeds, England mengajak aku datang menjenguknya. Selepas mendapat keizinan daripada suami (menerusi anak), aku meneruskan kembara ke Leeds. Selama enam bulan di sana, keadaannya tetap sama, tiada pujukan daripada suami di Malaysia menyuruh balik dan diri ini terusterusan seperti melupai segala-galanya. Apabila balik ke Malaysia, aku diberitahu keadaan sebenarnya bahawa suami telah berkahwin lain. setengah tahun untuk benar-benar pulih. Itu pun setelah puas berhabis duit untuk berubat.

Barulah aku mengetahui kesemua harta yang dikumpulkan dari zaman susah bersama sebahagian besarnya sudah dijual.

Allah masih sayang

Bukan mudah bergelar janda. Selain pandangan serong masyarakat, aku akui sangat malu terutama sekali kepada anakanak, kerana mereka tahu dan tak pernah melihat ibu dan bapa mereka bergaduh atau bermasalah besar selama ini. Begitu juga kepada keluarga dan jiran tetangga serta kenalan yang menganggap kami pasangan bahagia selama ini.

Masa itu, hanya Tuhan tempat mengadu. Tiada siapa yang inginkan perkara sebegini berlaku. Sebagai hamba-Nya, aku reda apa yang telah ditakdirkan. Cuma sedikit yang membuatkan diri terkilan sebab kena dalam keadaan dan cara yang di luar dugaan sama sekali.

Ternyata, Allah sentiasa menyayangi hamba-Nya yang dianiaya. Walaupun pernah jatuh 'terduduk', namun sokongan yang diberikan keluarga terutama anakanak akhirnya menyuntik semangat ku untuk bangkit semula. Bermodalkan wang simpanan yang diberikan anak-anak yang sudah bekerja, aku memulakan semula langkah dengan membuat pelbagai bisnes kecil-kecilan yang mendatangkan pulangan. Aku jual macam-macam � tudung, kuihmuih, pengantin dan pada masa sama buat balik perniagaan hartanah dan pelancongan. Aku kumpul balik duit dan beli sikit-sikit harta di samping buat kerja-kerja tambahan lain tolong-tolong anak.

Pengalaman sebelum ini terutama ketika sempat bekerja di Mesir dan London ku jadikan panduan untuk bangkit semula. Walaupun untung sedikit, kita tetap bersyukur, itu yang sentiasa ku ingat. Di samping ligat mencari rezeki, kerja-kerja kebajikan tetap tidak dilupakan kerana aku percaya, ia menyumbang berkat dan pahala daripada-Nya.

Kini, duit yang dikumpulkan itu jugalah yang digunakan sebagai modal untuk mengeluarkan produk daripada minyak sawit yang boleh digunakan sebagai minyak kereta. Mungkin inilah yang dikatakan hikmah di sebalik apa yang berlaku. Alhamdulillah. ambil upah jahit manik untuk pakaian suami telah berkahwin lain.




No comments:

Post a Comment